Sabtu lepas, kelihatan seorang petugas MBSA menampal Nombor pada tiang lampu di seluruh kawasan Pangsapuri Ruby dan juga perumahan berdekatan. Dengan ini terjawablah teka-teki pihak kami tentang siapa yang mengendalikan kerosakan tiang lampu.
Kerja mengenalpasti tiang lampu (bernombor) akan dijalankan dan akan dimajukan kepada pihak MBSA untuk tindakan susulan.
Sebanyak 35 dari 54 tiang lampu di kawasan Pangsapuri Ruby telah dikenalpasti tidak berfungsi.
dimaklumkan pada semua, kebanyakkan tiang lampu telahpun dibaiki oleh kontraktor MBSA. Kebanyakkan tiang lampu yang diperbaiki adalah di kawasan letak kereta Pangsapuri JMB. Tetapi, lampu-lampu yang tidak berfungsi dibahagian belakang Pangsapuri Ruby tidak dibaiki. Ada kemungkinan mereka tidak dapat membaiki lampu tersebut disebabkan kren tidak dapat memasuki kawasan belakang bangunan.
ReplyDeleteBagaimanapun, kami tetap mendapatkan pihak MBSA untuk membaiki lampu-lampu rosak di bahagian belakang setiap blok Pangsapuri Ruby.