Thursday, December 2, 2010

CABARAN DAN TANGGUNGJAWAB JMB DI NEGERI SELANGOR

Dilampirkan salinan slide di Perhimpunan Perdana JMB di Shah Alam 31 Oktober yang lepas untuk dikongsi bersama.


CABARAN DAN TANGGUNGJAWAB JMB DI NEGERI SELANGOR

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH DIPERUMAHAN BERTINGKAT

GARIS PANDUAN MEKANISMA MENENTUKAN BILANGAN KAPASITI PENYEWA BAGI PREMIS-PREMIS DI NEGERI SELANGOR



Maaf tiada maklumat yang dapat disampaikan kerana kesibukan tugas. Kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Kembali ke tanah air buat para jemaah haji kita...

Thursday, October 21, 2010

Pembersihan Paip Tersumbat dan Pembaikan Bumbung balkoni yang rosak.

Kerja penyelenggaraan paip tersumbat akan dijalankan dalam masa terdekat. Ini akan diikuti dengan Pembaikan bumbung balkoni yang rosak.

Pembersihan Sampah Pepejal sekitar Pangsapuri Ruby

Kerja pembersihan telahpun dijalankan. Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi pejabat JMB Pangsapuri Ruby. Diharap penduduk dapat memantau pembuangan sampah pepejal yang dilakukan oleh orang luar yang tidak bertanggungjawab.

Dibawah gambar yang diambil sebelum kerja pembersihan dijalankan. Lokasi di tepi blok G.

Diantara Blok G dan Blok F



Diantara Blok F dan Blok E
Gambar kerja-kerja pembersihan akan dimuatnaik secepat yang mungkin.

Dibawah gambar selepas kerja pembersihan....















Friday, October 1, 2010

Perancangan Kerja Penyelenggaraan Pangsapuri Ruby

Salam sejahtera,
Kami ingin berkongsi perancangan kerja penyelenggaraanyang akan dibuat dalam sedikit masa lagi...

  1. Penukaran Lampu Tangga Rosak
  2. Mengecat Garisan Kuning Parkir
  3. Pembersihan Sampah Pepejal sekitar Pangsapuri Ruby
  4. Pembaikan Bumbung Balkoni
Kerja penukaran lampu tangga akan dibuat dari masa ke semasa. Sekiranya ada lampu tangga yang rosak, sila lapurkan kepada pejabat JMB. Kami akan membuat tindakan susulan untuk menggantikan lampu yang rosak.

Kerja mengecat jalan akan dijalankan dalam bulan Oktober dan ianya bergantung pada peruntukan yang ada. Kutipan yang kami perolehi adalah amat terhad. Oleh itu, kami amat memerlukan kerjasama dari semua penduduk agar dapat menjelaskan tunggakan yuran pengurusan sekiranya ada. Kos yang dianggarkan adalah sebanyak RM4,000.

Pembersihan sampah pepejal juga akan cuba diuruskan untuk membersihkan segala sisa pepejal yang telah sekian lama tidak dibersihkan. Kos yang dianggarkan adalah sebanyak RM1,500.

Pembaikan bumbung balkoni yang rosak memerlukan peruntukan yang besar. Sekiranya kami tidak mempunyai peruntukan hasil dari kutipan yuran yang dibayar oleh penduduk, kerja pembaikan ini tidak mungkin dapat dijalankan. Kos dianggarkan akan melebihi RM5,000

Kami amat mengharapkan agar penduduk dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjelaskan bayaran supaya pihak kami dapat menggunakannya untuk menjalankan kerja-kerja yang telah diabaikan oleh pihak pemaju sebelum ini.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk dan pemilik yang telah memberikan sokongan pada kami dengan membuat bayaran walaupun hanya dapat membuat sebahagian pembayaran sahaja.

Saturday, September 25, 2010

Kerja pembersihan Longkang Besar dan Bumbung Balkoni Pangsapuri Ruby

Salam sejahtera semua. Sukacita dimaklumkan yang kerja-kerja pembersihan longkang besar telah hampir siap sepenuhnya. Pasir / sampah yang dilonggokkan di tepi longkang akan dibersihkan setelah kerja-kerja pembersihan longkang siap sepenuhnya. Bersama ini disertakan gambar bukti kerja yang telah dilakukan.

Gambar yang diambil pada sebelah malam di hadapan Blok H

















   


















Friday, September 10, 2010

Selamat Menyambut Aidil Fitri 1431 Hijrah

AJK JMB Pangsapuri Ruby mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri 1431 Hijrah kepada semua penduduk beragama Islam dan selamat bercuti.

Thursday, September 9, 2010

KAWALAN DAN PENCEGAHAN DEMAM DENGGI SEMPENA MUSIM PERAYAAN

Dilampirkan dokumen dari MBSA yang diterima pada 9 September 2010. Diharap penduduk dapat memberikan kerjasama membanteras DENGGI.

MBSA/CO8/600-1

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di maklumkan Sempena Aidil Fitri 1431 ini, operasi pejabat JMB Pangsapuri Ruby adalah seperti dibawah:-


Selasa 07/09/2010 12:00pm - 4:00pm
Rabu 08/09/2010 - Selasa 14/09/2010 Tutup
Rabu 15/09/2010 01:00pm - 08:00pm

Selepas itu, waktu operasi pejabat JMB Pangsapuri Ruby kembali seperti biasa seperti dibawah:-

Isnin - Jumaat 01:00pm - 08:00pm
Sabtu 01:00pm - 05:00pm
Sabtu Pertama & Ketiga, Ahad, Hari Kelepasan Am Tutup

JMB Pangsapuri Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan selamat bercuti kepada semua penduduk Pangsapuri Ruby. Berhati-hati dimana sahaja, patuhi segala peraturan agar tidak menyusahkan kita kemudian nanti.

Tuesday, August 24, 2010

Kutipan Bulanan Yuran Penyelenggaraan - September, Oktober dan November 2010.

Untuk pengetahuan semua, notis kutipan yuran bagi bulan berikut dalam proses penghantaran keluar. Jumlah yang perlu dibayar adalah RM180. Yuran ini boleh juga dibayar setiap bulan. Diharap pemilik dapat memberikan kerjasama membuat bayaran yuran untuk memudahkan kami menjalankan kerja-kerja pengurusan.

Terdapat juga pemilik yang tidak menjelaskan sebarang bayaran dan sehingga kini tunggakan terkumpul berjumlah RM428.80.

Contoh:-
Kutipan yuran September, Oktober dan November 2010 = RM180
Tunggakan yuran Mac, April May 2010 = RM180
Tunggakan yuran Jun, Julai, Ogos 20010 = RM180
Tunggakan yuran Insurans Bangunan dan Cukai Tanah = RM68.80
Jumlah keseluruhan tunggakan = RM428.80

Jumlah keseluruhan perlu dibayar = RM608.80

Jumlah ini membebankan pihak pengurusan yang menyebabkan kerja penyelenggaraan tertangguh. Kami mengharapkan penduduk memberikan kerjasama membuat bayaran tertunggak agar kami dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua. Kami memerlukan peruntukan yang lebih banyak untuk memastikan kerja pengurusan dapat dipertingkatkan dan diperbaiki. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi, kerja pengurusan tidak dapat dijalankan dengan baik.

Monday, August 23, 2010

Tiang Lampu tak berfungsi

Sabtu lepas, kelihatan seorang petugas MBSA menampal Nombor pada tiang lampu di seluruh kawasan Pangsapuri Ruby dan juga perumahan berdekatan. Dengan ini terjawablah teka-teki pihak kami tentang siapa yang mengendalikan kerosakan tiang lampu.

Kerja mengenalpasti tiang lampu (bernombor) akan dijalankan dan akan dimajukan kepada pihak MBSA untuk tindakan susulan.

Sebanyak 35 dari 54 tiang lampu di kawasan Pangsapuri Ruby telah dikenalpasti tidak berfungsi.

Friday, August 20, 2010

Kerja pembersihan longkang besar dan bumbung balkoni Pangsapuri Ruby

Di sebelah adalah kawasan longkang dibelakang Blok G yang telah siap dibersihkan oleh kontraktor yang dilantik.



Disebelah kanan pula keadaan longkang yang telah lama diabaikan oleh pihak pemaju.

Tuesday, August 17, 2010

Di maklumkan sepanjang bulan Ramadhan, waktu operasi pejabat JMB Pangsapuri Ruby adalah seperti dibawah:-

Isnin - Jumaat 12:00pm - 7:00pm
Sabtu 12:00pm - 4:00pm
Sabtu Pertama & Ketiga, Ahad, Hari Kelepasan Am Tutup



Kami boleh dihubungi seperti di bawah:
Telefon / Fax : 03-78455090
email: rubyjmb@gmail.com

Kerja penggantian lampu tangga

Salam sejahtera semua. Kerja-kerja penggantian sedang dijalankan. Usaha ini telah dijalankan oleh AJK yang sanggup meluangkan sedikit masa untuk memperbaiki kemudahan semua penduduk sedia ada. Tumpuan dikhususkan pada lampu pada tingkat bawah dahulu. Setakat ini, Kerja penggantian telah dijalankan pada blok E, F dan G. Blok H akan diusahakan secepat yang mungkin.
Gambar disebelah menunjukkan lampu yang ditanda JMB Ruby.

Waktu Operasi Terkini Pejabat JMB

Di maklumkan mulai 24/06/2010, waktu operasi pejabat JMB Pangsapuri Ruby adalah seperti dibawah:-

Isnin - Jumaat 1:00pm - 8:00pm
Sabtu 1:00pm - 5:00pm
Sabtu Pertama & Ketiga, Ahad, Hari Kelepasan Am Tutup

Kami boleh dihubungi seperti di bawah:
Telefon / Fax : 03-78455090
email: rubyjmb@gmail.com

Maybank2u Online 3rd Party Transfer

You may want to make payment through Maybank2u Online 3rd Party Transfer, just ensure to put in our email rubyjmb@gmail.com so that we will be notified when you initiate the transfer. Please do not forget to print out the transaction as a proof to us and mail it to our office below.

F108, Jalan Matahari U5/117,
Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang
Shah Alam 40150
Selangor

Friday, August 13, 2010

Kutipan Yuran Pengurusan dan Notis Tunggakan Mulai 1 Jun 2010

Bersama ini dilampirkan bersama salinan Notis Penduduk Jun 2010 seperti dibawah.
JMB Notis Penduduk - Jun 2010.pdf

antara komen dari halaman yang lama

Comment by Mohd Hashim bin Mohd Aznam on July 1, 2010 at 1:52pm
Assalamualaikom dan Terima kasih, En. Saiful. Saya perlu berhubung dengan En. Saiful untuk masalah lain perkara akan datang. Tolong SMS hp saya untuk dapat no. hp En. Saiful sebagai S/Usaha. Sementara itu saya akan usahakan cara yang encik cadangkan. Tolong juga maklumkan bila mesin fax boleh digunakan semula.
Comment by Ruby JMB on July 1, 2010 at 7:37am
Terima kasih atas sokong en hashim membuat pembayaran. encik boleh "scan" slip pembayaran tersebut dan email kepada rubyjmb@gmail.com. Kami minta maaf atas kesulitan yg encik hadapi. Mesin Fax kami baru-baru ini telah rosak disambar petir. Harap maaf. Saiful (Setiausaha)
Comment by Mohd Hashim bin Mohd Aznam on June 30, 2010 at 10:38pm
Saya telah buat pembayaran melalui bank akun JMB Ruby pada 29/6/2010. Saya nak fax bank-in slip menunjukkan pembayaran telah dibuat. Saya cuba telefon no JMB tidak ada jawapan. Saya cuba fax tak boleh send masuk. Bagaimana saya boleh mendapat bantuan untuk selesaikan masalah saya. Saya tinggal di Alor Setar, Kedah.Sila hubungi saya: Mohd Hashim bin Mohd Aznam 319 Blok G no. hp: 012-2972212

Perjumpaan Bersama Penduduk & AJK JMB Pangsapuri Ruby

Harap maaf atas kelewatan mengemaskini halaman ini.
bersama ini dilampirkan bersama Notis Perjumpaan pada 9 Mei 2010 yang lalu.

Harap maaf atas kelewatan tersebut.

JMB Notis Penduduk - Mei 2010.pdf

Perjumpaan Bersama Penduduk & AJK JMB Pangsapuri Ruby

Perjumpaan Penduduk dan AJK JMB Pangsapuri Ruby telah pun diadakan pada 9 Mei 2010 yang lalu. Jumlah kehadiran adalah kurang dari 20 orang. Sungguhpun begitu, kami mengucaokan jutaan terima kasih terhadap penduduk yang hadir dan memberikan sokongan kepada JMB Pangsapuri Ruby Tidak ketinggalan juga pemilik yang telah membayar yuran perkhidmatan tetapi tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. Kami juga berterima kasih kepada En Rizal dari CoB, MBSA atas kesudian beliau melapangkan masa untuk hadir pada hari perjumpaan tersebut.

Untuk pengetahuan semua, pihak kami sedang menyediakan lapuran tentang perjumpaan tersebut agar segala maklumat yang disampaikan pada hari perjumpaan tersebut dapat disalurkan kepada orang ramai.

Sekian Harap Maklum.

antara komen dari halaman yang lama
Comment by sitizam on May 16, 2010 at 12:22am
maaf sy tak dapat hadir pada hari berkenaan..nak tau juga apa yg diperbincangkan?harap dpt maklumkan kepada sy

Notis Pembertahuan JMB

Our Ref:JR/NP/APR/01
Date: 8 April, 2010

PEMILIK /PENGHUNI,

Tuan/Puan

PENUBUHAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA/JOINT MANAGEMENT BODY (JMB) PANGSAPURI RUBY

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah di maklumkan pada 5 Oktober 2009 yang lalu Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) Pangsapuri Ruby telah berjaya ditubuhkan di kawasan ini. Ia selaras dengan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan Bangunan ) 2007 (Akta 663) yang mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau JMB.

Mengikut akta tersebut tanggungiawab yang perlu dilaksanakan oleh JMB adalah seperti dibawah:
• Mematuhi notis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
• Menyenggara harta bersama
• Mendaftarkan JMB
• Menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan
• Memastikan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit
• Mentadbir Wang Penyenggaraan Bangunan
• Menyenggara Sinking Fund
• Menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules)
• Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa
• Menginsuranskan bangunan
• Menyediakan dan mengemaskini daftar pembeli
• Lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan

Untuk makluman tuan puan, ahli-ahli Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang telah dilantik melalui
Mesyuarat Agong Pertama JMB adalahseperti di bawah:-

Nama Unit Jawatan
En. Ng Soon Ann G314 Pengerusi
En. Saiful Azham Abdul Aziz H105 Setiausaha
En Saruji Bin Sa’ari F116 Bendahari
Pn Soh Yoke Hong E213 AJK
En Chan Hun Kong F103 AJK
En K. Sivanesan Feller Resources AJK

Sehubungan dengan ini, kami ingin menegaskan di sini bahawa segala undang-undang dalaman yang
termaktub dalam Surat Perjanjian Jual Beli dan Peraturan Kediarnan (House Rules) dengan pemaju
sebelum ini perlu dipatuhi oleh tuan puan walaupun pengurusan dan penyenggaraan telah diserahkan
kepada JMB yang dilantik. JMB berhak untuk menambahbaik undang-undang yang perlu berkaitan
penyenggaraan harta bersama.

Kutipan Yuran
Kami akan memulakan operasi kutipan yuran pengurusan bulanan di alamat Unit 108, Blok F. Buat
masa ini, waktu operasi dari 6:00 petang hingga 9:00 malam (Isnin hingga Jumaat) dan 10:00 pagi
hingga 2:00 petang (Sabtu berselang).
Untuk bayaran melalui cek, sila nyatakan Nama, Unit dan No Telefon dibelakang cek. Sekiranya
bayaran hendak dibuat melalui deposit bank, sila masukkan ke dalam akaun bank seperti dibawah:-
Maybank 562085-521023 JMB Pangsapuri Ruby.
Sila lampirkan bukti deposit dan nyatakan Nama, No Rujukan dan No Telefon pada slip tersebut. Resit sementara akan dikeluarkan untuk setiap bayaran yang diterima dipejabat dan resit rasmi akan
dihantar pada alamat Unit. Slip bayaran / cek boleh dimasukkan ke dalam peti penerimaan bayaran
(cek dan slip deposit) yang disediakan dihadapan pintu masuk pejabat. Sila pastikan anda membuat
salinan fotostat untuk rujukan anda sendiri.

Aduan / Cadangan
Aduan dan cadangan juga boleh dilapurkan dan kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Peti Aduan/Cadangan dan borang akan diletakkan di tepi pintu masuk hadapan pejabat
tersebut.

Halaman Web (http://rubyjmb.ning.com)
Halaman ini disediakan untuk penduduk yang mempunyai akses Internet untuk makluman terkini.
Aduan/Cadangan untuk kebaikan bersama boleh juga disampaikan melalui halaman ini. Oleh demikian segala kerjasama daripada pihak tuan puan adalah diharapkan agar kami dapat melaksanakan tanggungiawab dalam menyenggara pangsapuri kita bersama.
Kerjasama dari pihak tuan puan amatlah dihargai.

Sekian, dimaklumkan.

Yang Benar
Ng Soon Ann

Pengerusi JMB Pangsapuri Ruby
s.k. Pesuruhjaya Bangunan, (CoB)
Majlis Bandaraya Shah Alam
Wisma MBSA, Tingkat 19
Persiaran Perbandaran
40000 Shah Alam
Selangor

(u/p Cik Intan Azuaa / En Mohd Rizal Bin Mawi)

Notis Penduduk.pdf

Apakah Badan Pengurusan Bersama / Joint Management Body (JMB)?

SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata


SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?
JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.


SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.


SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.


SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.


SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.


SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?
JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.


SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?
JAWAPAN 8: Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.


SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
JAWAPAH 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.


SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
JAWAPAN 10: Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.


SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.


SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.


SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.


SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.

pelaksanaan-akta-663.pdf