Dengan ini kami memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertama JMB Pangsapuri Ruby akan diadakan pada 16 Januari 2011, pada pukul 9:30 pagi hingga 12 tengahari. Kehadiran penduduk adalah amat dialu-alukan.
Agenda adalah seperti berikut :-
- Kata-kata aluan Pengerusi
- Pembentangan aktiviti yang telah dilaksanakan
- Pembentangan aktiviti yang dirancang
- Pembubaran AJM JMB Pangsapuri Ruby
- Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa baru
- Perkara Berbangkit
- Hal-hal lain
- Ucapan penutup
Kami amat mengharapkan kehadiran dan sokongan tuan-puan ke mesyuarat ini.