Friday, December 23, 2011

Pengambilalihan Pengurusan Sisa Pepejal Oleh MBSA


Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Shah Alam Telah mengambilalih pengurusan sisa pepejal daripada Syarikat Alam Flora Sdn Bhd bermula pada 16 Oktober 2011.
...
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai sisa pepejal boleh menghubungi pegawai MBSA:

Dr Hj Roslan Bin Fadzil: 019-2605133
En Abdul Rauf Bin Mohd Yaacob : 012-2714677
En Ahmad Bin Nordin : 019-3844219
En Mohamad Sobree Bin Razali (Zon Utara): 010-4298908)
En Elly Fareed Bin Abdul Wahad (Zon Tengah): (019-3400874)
En Azhar Bin Nekmas (Zon Selatan): (019-2804040)

Cawangan Utara (Seksyen U5, U15, U16, U17, U18, U19 & U20)
En Zawawi : 019-2208900

Cawangan Selatan (Sekysen 26 Hingga Seksyen 36)
En Azlan Bin Dollah : O12-9426952

Bilik Gerakan: 03-55105811

dari http://www.mbsa.gov.my/pengumuman2011

Monday, October 10, 2011

Sebutharga diperlukan

Sebutharga diperlukan untuk  perkara dibawah:-
  1. Membekal 20 unit Alat Pemadam Api (Dry Powder) beserta dengan penyengaraan berkala.
  2. Memasang 20 unit gelung paip pemadam api. (Panjang setiap gelung hendaklan boleh melebihi aras 5 setiap satu).
  3. Memasang 4 unit sambungan paip untuk kerja pembersihan kawasan sekitar dirumah sampah.
  4. Pembaikan 30 unit lampu jalan serta lampu bangunan. Kerja pembaikan memerlukan penggunaan skylift dan juga besi perancah untuk kawasan yang tidak boleh dimasukki oleh skylift.

Tarikh tutup: 31 Oktober 2011

Sila email ke rubyjmb@gmail.com atau faks ke 78455090.
1 Salinan sebutharga asal hendaklah dilampirkan melalui POS.
Sila asingkan setiap sebutharga.
Anda akan dihubungi sekiranya sebutharga anda terpilih.

Sunday, August 28, 2011

Selamat Menyambut AidilFitri dan Hari Kemerdekaan

Sempena kedatangan Hari Lebaran yang mulia ini, pihak kami ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan perbuatan.

Semoga sambutan perayaan kali ini dapat disambut dengan meriah, sekiranya pulang beraya ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Semoga perjalanan anda selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Kepada yang bukan Islam, selamat bercuti.

Salam AidifFitri dan Kemerdekaan.

Pengurusan, JMB Ruby.

Friday, August 5, 2011

Selamat Berpuasa untuk Semua Umat Islam

Kami ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga semua penduduk bersungguh-sungguh menjalankan ibadah puasa yang datang setahun sekali ini

Sunday, May 29, 2011

JMB Pangsapuri Ruby sekarang di FACEBOOK!


Untuk Pengetahuan semua, JMB Pangsapuri Ruby kini telah menjadi rakan FACEBOOK. Anda bolehlah menambah kami sebagai rakan anda.
Tambah sebagai rakan

Tuesday, May 10, 2011

Makluman

Kami ingin memaklumkan mesin fax kami telah mengalami kerosakan. Oleh itu, diharap sekiranya terdapat sebarang dokumen hendak diberikan kepada kami, bolehlah dihantar melalui e-mel atau melalui pos. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

Tuesday, April 5, 2011

Kerja Mengecat Garisan Letak Kenderaan

Dimaklumkan kerja-kerja mengecat garisan letak kenderaan sedang dijalankan. Diharap penduduk dapat memberikan kerjasama dengan mengalihkan kenderaan dari kawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan.








Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pejabat JMB.

Sunday, January 9, 2011

MESYUARAT AGUNG PERTAMA JMB PANGSAPURI RUBY

Dengan ini kami memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pertama JMB Pangsapuri Ruby akan diadakan pada 16 Januari 2011, pada pukul 9:30 pagi hingga 12 tengahari. Kehadiran penduduk adalah amat dialu-alukan.
Agenda adalah seperti berikut :-
  1. Kata-kata aluan Pengerusi
  2. Pembentangan aktiviti yang telah dilaksanakan
  3. Pembentangan aktiviti yang dirancang
  4. Pembubaran AJM JMB Pangsapuri Ruby
  5. Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa baru
  6. Perkara Berbangkit
  7. Hal-hal lain
  8. Ucapan penutup
Kami amat mengharapkan kehadiran dan sokongan tuan-puan ke mesyuarat ini.