Thursday, October 21, 2010

Pembersihan Paip Tersumbat dan Pembaikan Bumbung balkoni yang rosak.

Kerja penyelenggaraan paip tersumbat akan dijalankan dalam masa terdekat. Ini akan diikuti dengan Pembaikan bumbung balkoni yang rosak.

Pembersihan Sampah Pepejal sekitar Pangsapuri Ruby

Kerja pembersihan telahpun dijalankan. Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi pejabat JMB Pangsapuri Ruby. Diharap penduduk dapat memantau pembuangan sampah pepejal yang dilakukan oleh orang luar yang tidak bertanggungjawab.

Dibawah gambar yang diambil sebelum kerja pembersihan dijalankan. Lokasi di tepi blok G.

Diantara Blok G dan Blok F



Diantara Blok F dan Blok E
Gambar kerja-kerja pembersihan akan dimuatnaik secepat yang mungkin.

Dibawah gambar selepas kerja pembersihan....















Friday, October 1, 2010

Perancangan Kerja Penyelenggaraan Pangsapuri Ruby

Salam sejahtera,
Kami ingin berkongsi perancangan kerja penyelenggaraanyang akan dibuat dalam sedikit masa lagi...

  1. Penukaran Lampu Tangga Rosak
  2. Mengecat Garisan Kuning Parkir
  3. Pembersihan Sampah Pepejal sekitar Pangsapuri Ruby
  4. Pembaikan Bumbung Balkoni
Kerja penukaran lampu tangga akan dibuat dari masa ke semasa. Sekiranya ada lampu tangga yang rosak, sila lapurkan kepada pejabat JMB. Kami akan membuat tindakan susulan untuk menggantikan lampu yang rosak.

Kerja mengecat jalan akan dijalankan dalam bulan Oktober dan ianya bergantung pada peruntukan yang ada. Kutipan yang kami perolehi adalah amat terhad. Oleh itu, kami amat memerlukan kerjasama dari semua penduduk agar dapat menjelaskan tunggakan yuran pengurusan sekiranya ada. Kos yang dianggarkan adalah sebanyak RM4,000.

Pembersihan sampah pepejal juga akan cuba diuruskan untuk membersihkan segala sisa pepejal yang telah sekian lama tidak dibersihkan. Kos yang dianggarkan adalah sebanyak RM1,500.

Pembaikan bumbung balkoni yang rosak memerlukan peruntukan yang besar. Sekiranya kami tidak mempunyai peruntukan hasil dari kutipan yuran yang dibayar oleh penduduk, kerja pembaikan ini tidak mungkin dapat dijalankan. Kos dianggarkan akan melebihi RM5,000

Kami amat mengharapkan agar penduduk dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjelaskan bayaran supaya pihak kami dapat menggunakannya untuk menjalankan kerja-kerja yang telah diabaikan oleh pihak pemaju sebelum ini.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk dan pemilik yang telah memberikan sokongan pada kami dengan membuat bayaran walaupun hanya dapat membuat sebahagian pembayaran sahaja.